Sempena Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam yang ke-22, MBSA melalui Jabatan Landskap akan mengadakan Pertandingan Memancing Shah Alam Tahun 2022 pada 30 Oktober 2022 (Ahad) di Taman Tasik Shah Alam jam 8.00 pagi.
Orang ramai di jemput sertai kerana hadiah wang tunai yang lumayan disediakan kepada para pemenang. Sebarang pertanyaan hubungi Jabatan Landskap, MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1660 atau 1284.
