Sesi Penyerahan Cenderahati Kelahiran Bayi Sempena Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke-22 yang telah diadakan di Hospital Shah Alam, Seksyen 7. Penyerahan cenderahati ini dilaksanakan setiap tahun bagi meraikan “Bayi Bandar Raya”.
Sesi penyerahan cenderahati tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Rashidi Bin Ruslan, Timbalan Datuk Bandar. Turut hadir Puan Dr. Ruzita Binti Othman,Pengarah Hospital Shah Alam, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Pengurusan Tertinggi MBSA.
Image Credit:MBSA FB