Sekitar tayangan skrin besar separuh akhir Piala FA antara Selangor FC dan Johor Darul Takzim FC telah berlangsung semalam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14. Acara tersebut telah disaksikan oleh lebih daripada 1,000 orang penonton.
Turut hadir dalam program tersebut adalah YAB. Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor; YB. Dato’ Haji Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; YB. Tuan Mohd Khairudin Bin Othman, Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor; YBrs. Tuan Mohd Yunus Bin Suri, Timbalan Setiausaha Pembangunan, MBSA; YBrs. Tuan Mohamad Nizam Bin Marjugi, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor.
Source: MBSA FB