Skuad MDT Malaysia vs USA: Perjuangan Kejohanan Bolasepak Pekak 2023

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Menjelang perlawanan bolasepak orang Pekak esok (Sabtu) 23 September 2023 sebanyak 11 perlawanan bolasepak membabitkan 19 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita akan bermula di dua belas buah padang bolasepak yang telah dipilih disekitar Kuala Lumpur dan Selangor bagi keseluruhan perlawanan bagi kejohanan ini.

Skuad Bolasepak Pekak Malaysia atau lebih sinonim dengan panggilan Harimau Pekak Malaysia (Malaysian Deaf Tigers – MDT) akan memulakan aksi pertama mereka menentang USA.

Dalam sejarah pasukan bolasepak Pekak Malaysia tidak pernah bertemu pasukan bola sepak USA jadi kita tidak banyak mengetahui kekuatan mereka. Walau bagaimanapun perkara ini tidak perlu difikirkan malah Skuad MDT akan bermain seperti biasa dengan semangat tinggi dan akan mengikuti segala perancangan yang telah diaturkan oleh Ketua Jurulatih Haris Lajid.
Umum perlu ketahui Skuad MDT telah dikumpulkan bersama sejak 3 bulan lalu dan telah mengharungi 4 fasa latihan serta telah diuji dengan banyak perlawanan-perlawanan persahabatan jadi diharap skuad ini mampu membuktikan sesuatu yang mustahil boleh dilakukan di hadapan penyokong dan halaman sendiri.

Sokongan padu rakyat Malaysia yang hadir di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur nanti mampu memberi tonik tambahan kepada Skuad MDT mencipta kejutan dikejohanan bolasepak Pekak dunia yang julung-julung kali diadakan di rantau Asia.

 

Source: Malaysian Deaf Sports Association FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News