Program Penanaman Pokok Hutan Peringkat Daerah Petaling bertempat di Seksyen U15 Elmina West Sime Darby Property yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Jusni bin Hashim, Pegawai Daerah Petaling sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor Tahun 2022. Turut hadir menyokong program ini adalah Puan Azlina Mat Salim, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Landskap bersama warga kerja MBSJ.
Sehingga Ogos 2022 Majlis Bandaraya Subang Jaya telah berjaya menanam sebanyak 10,908 pokok dan jumlah tersebut dijangka bertambah sebanyak 17,000 pokok lagi menjelang hujung tahun ini. Inisiatif ini juga adalah bertepatan dengan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bagi tempoh lima (5) tahun bermula dari tahun 2021 hingga 2025.
Image Credit & Souce: Majlis Bandaraya Subang Jaya FB