Program Hari Bertemu Pelanggan MBSA akan diadakan pada 16 Disember 2023 (Sabtu) bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Ruang Legar, Tingkat G (berhadapan Baskin Robbins), Plaza Shah Alam, Seksyen 9.
Pihak MBSA akan membuka kaunter jabatan-jabatan dan menyediakan perkhidmatan semakan dan bayaran cukai taksiran, semakan dan bayaran kompaun tempat letak kereta (pengurangan 30% diberikan kepada kompaun perintah pengangkutan jalan (PTLK) MBSA 2007), menerima aduan, cadangan, maklumbalas untuk penambahbaikan sistem saluran MBSA.
Hadiah eksklusif mangkuk tingkat menanti kepada 50 pelanggan terawal.

Source:MBSA FB