Majlis Penyerahan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Bertempat di Bilik Gerakan Tingkat 22, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah berlangsung Majlis Penyerahan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor Tahun 2023 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) diiringi YBrs. Tuan Mohamad Zahri bin Samingon, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan).
 
Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor adalah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor yang merupakan program bantuan kepada sekolah di Negeri Selangor bagi membaikpulih infrastruktur sekolah dalam membantu menyediakan persekitaran yang kondusif.
 
Pada tahun ini peruntukan bagi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor telah ditambah menjadi Ringgit Malaysia 26.5 juta dengan mengambil kira permohonan dan keperluan yang semakin bertambah setiap tahun.

Source:Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News