Jemputan menyertai pertandingan rekabentuk smart bus stop Petaling Jaya
Untuk Keterangan Lanjut sila hubungi Muhammad Sazrul: 03 7956 3544 samb 351 atau Sila layari website https://www.mbpj.gov.my/ms
SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia (Individu & Organisasi). 2. Rekabentuk Smart Bus Stop perlulah mempunyai konsep tersendiri dengan mengikut komponen asas Bus Stop sedia ada, yang disokong oleh teks penerangan dan anggaran kos.
3. Rekabentuk Smart Bus Stop perlulah mempunyai ciri-ciri mesra hijau, mesra OKU, elemen Smart dan beridentitikan Bandaraya Petaling Jaya.
4. Rekabentuk asli dan tidak ditiru / tidak mengandungi elemen sensitif, termasuk keagamaan, perkauman dan politik.
5. Format penyertaan boleh didapati di dalam QR Code butiran lanjut.
6. Peserta juga digalakkan menyediakan 3D Model fizikal tertakluk kepada kreativiti peserta. 7. Tiada had penyertaan untuk setiap peserta dan poster dikemukakan hendaklah bersaiz A3 seperti di dalam format penyertaan.
8. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan sekiranya didapati pihak peserta tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
9. Penilaian akan dinilai oleh juri yang akan dilantik oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
10. Keputusan penjurian bagi pertandingan ini adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
11.Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
12. Rekabentuk ciptaan peserta akan menjadi hak milik MBPJ sepenuhnya.
13. MBPJ berhak untuk menambah / meminda tanpa sebarang notis lebih awal.
14. Dokumen hardcopy boleh dihantar ke Bahagian Perancangan Pengangkutan, Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
15. Dokumen sokongan softcopy boleh di emailkan kepada penganjur (transportplanning@mbpj.gov.my) sebelum 31 Januari 2024 sebelum jam 5.00 petang.
Source: PJ KITA FB