Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66 akan bermula 16 Ogos 2023 sehingga 16 September 2023.
Kongsikan gambar atau video Jalur Gemilang yang dipasang atau dikibar pada bangunan, pejabat, rumah kediaman atau premis perniagaan di sekitar Shah Alam dan menangi hadiah wang tunai.
Syarat pertanyaan :
1. Anda perlu ‘Like’ dan ‘Follow’ kesemua saluran media sosial MBSA (Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok)
2. Posting perlu disertakan dengan tanda pagar #kibarjalurgemilangMBSA2023
3. Tetapkan media sosial anda kepada “public account”
4. Lokasi gambar adalah di dalam kawasan pentadbiran MBSA.
5. Pemenang di pilih berdasarkan gambar atau video terbaik yang memaparkan semangat kemerdekaan.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1430 atau 1777.

Source: MBSA FB