Sekitar majlis penyerahan sumbangan kepada 52 buah sekolah yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri ke-15 yang melibatkan Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik (N40), Dewan Undangan Negeri Batu Tiga (N41), Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis (N49) dan Dewan Undangan Negeri Kota Kemuning (N50). YBrs. Tuan Ir. Haji Cheremi Bin Haji Tarman, Pemangku Datuk Bandar Shah Alam telah menyerahkan replika cek bernilai RM156,000 sumbangan kepada pihak sekolah diwakili oleh YBrs. Encik Mohd Alias Bin Awan, Ketua Penolong Setiausaha, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Sebelum majlis berakhir, turut diadakan penyampaian cenderahati sempena Sambutan Hari Deepavali yang akan disambut tidak lama lagi kepada tiga orang Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam iaitu YBrs. Puan Gandhimati A/P Suppiah, YBrs. Encik Murugiah A/L Munusamy dan YBrs. Encik Ramu A/L Nadarajan.
Turut hadir YAD. Dato’ Haji Emran Bin Haji Kadir, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling, Orang Besar Daerah Petaling; Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam , Puan Asmah Binti Mohd Zin, Timbalan Setiausaha Pengurusan dan Pengurusan Tertinggi MBSA.
Source: MBSA FB