Lelongan Awam

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengadakan Lelongan Awam bagi 59 buah kenderaan pada 22 & 23 Oktober 2024, jam 10.30 pagi di Pusat Inovasi Petaling Jaya, Lot 54822, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
 
Kenderaan yang dilelong akan dipamerkan pada 14 hingga 18 Oktober 2024 dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
 
Lelongan terbuka kepada orang awam dengan bayaran deposit sebanyak 5% daripada harga simpanan atau maksimum RM1,000.00. Sila rujuk notis lelongan untuk maklumat lanjut.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk hadir awal kerana sesi pendaftaran akan dibuka jam 9.30 pagi.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak urusetia di talian 017-7447465 (En. Mohamad Hairolazmi) dan 017-9445434 (En. Nor Ariffin).

Source:MBPJ FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News