Anggota dari Unit Bodyguard/Antilitter telah membuat pemantauan di kawasan Subang Jaya bagi memastikan orang awam mematuhi peraturan seperti tidak membuang sampah dan puntung rokok di tempat awam secara merata-rata.
Berdasarkan pemantauan ini, sejumlah 4 Notis Tawaran Kompaun telah dikeluarkan oleh anggota penguatkuasa bagi setiap kesalahan “littering” denda sebangak RM50 akan dikenakan kepada Orang Kena Kompaun (OKK) disekitar Taipan, Subang Jaya.
Orang awam dinasihatkan mematuhi peraturan seperti penjagaan kebersihan dan tidak melakukan vandalisme. Marilah kita menjaga kebersihan dan mematuhi peraturan-peraturan MBSJ.Sebarang aduan berkenaan aktiviti yang menyalahi atau melanggar peraturan MBSJ boleh terus disalurkan ke laman web https://www.mbsj.gov.my/ms/saluran-aduan atau hubungi Pusat Kawalan Subang Jaya di talian 03 80247700.
Source: Jabatan Penguatkuasaan MBSJ FB