Platform Selangor (PLATS) mengedar sebanyak 3,000 Kupon Digital Rahmah bernilai RM10 kepada orang ramai sempena kempen Platform Selangor (PLATS) Masuk Bazar. Inisiatif ini membantu seramai 872 peniaga berdaftar bawah PLATS selain menggalakkan lagi agenda pendigitalan.
Inisiatif ini adalah susulan tahun lepas apabila PLATS mengedar 20,000 Kupon Digital Rahmah bernilai RM5. PLATS bertujuan membantu golongan perusahaan kecil, mikro dan sederhana di Selangor untuk mengadaptasi teknologi digital dalam perniagaan.
Kupon ini diberi kepada pengunjung 12 bazar Ramadan terpilih seluruh Selangor pada tahun ini. Selain membantu peniaga, pengunjung juga dapat menikmati manfaat perbelanjaan.
Source: Amirudin Shari FB