MBPJ mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk menyertai Tawaran Pelawaan bagi Pemasangan Panel Solar di beberapa lokasi strategik milik Majlis.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Majlis dalam memperluaskan penggunaan teknologi hijau serta menyokong dasar perubahan iklim melalui pelaksanaan “PJ Climate Action Plan 2030”.
Maklumat Tawaran:
Tarikh Pembukaan Permohonan: 16 April 2025
Tarikh Penutupan Permohonan: 8 Mei 2025
Lokasi Cadangan Pemasangan Panel Solar:
1. Stadium MBPJ
2. Kompleks Sukan Kelana Jaya
3. Pusat Inovasi
4. Perpustakaan MBPJ
5. Dewan Komuniti BU3
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui emel ke pengurusan_tenaga@mbpj.gov.my atau hubungi talian 03-7956 3544 samb. 256.
Source:MBPJ