Pertandingan Rekabentuk Smart Bus Stop

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan mengadakan Pertandingan Rekabentuk Smart Bus Stop. Berikut adalah butiran Pertandingan :-
 
Tarikh tutup menghantar penyertaan pada: 31 Januari 2024, sebelum jam 5 petang
 
Pautan Butiran Lanjut Pertandingan Rekabentuk Smart Bus Stop : https://drive.google.com/…/1LVUUtL69FpLbqNE5dOmzFE3iXMp…
 
Pertandingan Rekabentuk Smart Bus Stop ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia (Individu & Organisasi). Dokumen hardcopy boleh dihantar ke Bahagian Perancangan Pengangkutan, Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Dokumen sokongan softcopy boleh diemailkan kepada penganjur (transportplanning@mbpj.gov.my) sebelum 31 Januari 2024 sebelum jam 5 petang. Format penyertaan boleh didapati di dalam pautan butiran lanjut. Keputusan penjurian bagi pertandingan ini akan dinilai oleh juri yang akan dilantik oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Hadiah wang tunai RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu Sahaja) disediakan kepada peserta yang berjaya.
 
Sila pastikan maklumat lengkap diri tuan/puan diisi dalam Google Form yang disediakan dalam pautan butiran lanjut bagi memudahkan pihak kami menghubungi tuan/puan. Untuk maklumat lanjut, tuan/puan bolehlah merujuk kepada lampiran yang disertakan di bawah ini.
 

Source:MBPJ FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News