Sekitar Program Sumbangan Prihatin Sempena Perayaan Deepavali Bagi Tahun 2023 di Dewan Azalea, Taman Sri Muda, Seksyen 25. Untuk makluman, seramai 50 orang penerima terpilih daripada golongan B40, warga emas, ibu tunggal dan golongan OKU telah menerima sumbangan daripada pihak MBSA iaitu set hamper bernilai RM100 dan wang tunai bernilai RM100. Selain itu pihak Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 9 juga telah menyampaikan barangan keperluan asas bernilai RM100 kepada para penerima sumbangan.
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ramu A/L Nadarajan, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam. Turut hadir YM. Tengku Ahmad Bin Tengku Kasim, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam; Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam dan YBrs. Encik Shahrin Bin Ahmad, Pengarah Pembangunan Komuniti, MBSA.
Source:MBSA FB