Kerajaan Negeri akan menanggung kos saringan, caj konsultasi bersama pakar psikiatri, rawatan psikoterapi asas dan rawatan ubat-ubatan bagi dua minggu pertama untuk rawatan kesihatan mental. Insentif ini dipanggil Selangor Mental Sihat (SEHAT).
Individu kurang berkemampuan dan berdepan masalah mental boleh memanfaatkan peluang ini memandangkan rawatan psikiatri juga mahal. Sama-sama kita membantu mereka untuk mencapai kesihatan mental yang lebih berkualiti.
Source:Amirudin Shari FB