Projek Bazar Ramadan MBSJ 2024 kami yang bertema “Jadikanlah Ramadan Tanpa Pembaziran”. Misi menyelamatkan makanan lebihan melalui kaedah digital.
Perhatian kepada Rakan Kongsi Makanan Bazar MBSJ! Pendaftaran untuk semua penjaja makanan pada bulan Ramadan 2024 kini dibuka. Jom menyelamatkan MAKANAN LEBIHAN bersama-sama
3 langkah mudah untuk menyelamatkan makanan lebihan Bazar MBSJ 2024 –
1. Daftar sebagai rakan kongsi makanan di laman https://beta.whatawaste.my/partnership
2. Muatkan gambar makanan harian yang tidak terjual atas laman web WaW.
3. Letakkan makanan lebihan tersebut di Khemah WaW, pasukan WaW akan mengendalikan semua makanan lebihan yang diterima, makanan sedia imbas melalui QR Code dan makanan akan diagihan kepada golongan B40 dengan serta merta.
Sila PM kami untuk soalan-soalan lain yang selanjutnya ataupun hubungi kami di nombor 014 292 9560. Terima kasih atas sokongan misi makanan WaW
Source:What A Waste FB
One Response
Macam mana cara daftar bazar green wood