Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Edisi Mei yang akan diadakan pada 12 Mei 2024 (Ahad) bermula jam 7.30 pagi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14.
Pelbagai acara menarik disediakan kepada para pengunjung sempena tema raya ini seperti ‘Valuers Fun Run’, pertandingan menganyam ketupat, membuat dodol, membuat lemang, pelbagai kuih raya tradisional, bazar belia, aktiviti mewarna serta pelbagai lagi aktiviti yang menjadi tarikan kepada pengunjung.
Source:Majlis Bandaraya Shah Alam FB