Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS) merupakan inisiatif kerajaan negeri Selangor melalui PPAS untuk menyediakan perkhidmatan PINJAMAN desktop dan laptop secara PERCUMA kepada warga Selangor, terutama golongan B40, yang memerlukannya. Pinjaman ini dilakukan di perpustakaan-perpustakaan terpilih di bawah pengurusan PPAS.
Proses pinjaman ini serupa dengan pinjaman buku, tetapi tempoh pinjaman diperpanjang hingga maksimum 180 hari. Perkhidmatan ini disediakan untuk memenuhi keperluan semakin tinggi akan desktop dan laptop dalam pembelajaran, terutamanya sejak pandemik melanda.
Desktop dan laptop yang dipinjamkan dilengkapi dengan pembesar suara, WIFI, webcam, perisian Microsoft Office, dan peralatan lain yang diperlukan untuk pembelajaran dalam talian. Selain digunakan untuk pembelajaran, peranti ini juga boleh digunakan oleh keluarga untuk menjana pendapatan dalam talian.
Program pinjaman Desktop dan Laptop ini dilaksanakan di 50 perpustakaan awam Selangor, setiap perpustakaan menyediakan 10 desktop dan 10 laptop untuk dipinjamkan kepada masyarakat. Program ini sedang dilaksanakan mengikut fasa. Sila rujuk senarai 50 perpustakaan yang terlibat di bawah.
https://www.ppas.gov.my/pinjaman-desktop-laptop-sepintas/ Tekan link untuk dapatkan info pinjaman laptop secara percuma.
Source:Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor FB