Program Iltizam Anak Selangor

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang. Ia menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.
 
Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://anas.yawas.com.my/ bermula 1 Ogos 2022.
 
Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan keatas
Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.
 
Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.

Source: FB Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News