Program Hari Mesra Pelanggan MBSA akan diadakan pada 12 Julai 2024 (Jumaat) bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Bankuet, Wisma MBSA.
Pihak MBSA akan membuka kaunter jabatan-jabatan dan menyediakan perkhidmatan semakan dan bayaran cukai taksiran, semakan dan bayaran kompaun tempat letak kereta, menerima aduan, cadangan serta maklumbalas untuk penambahbaikan sistem pengurusan dan perkhidmatan MBSA.
Sebagai penghargaan,‘Tumbler’ Eksklusif menanti kepada 50 pelanggan terawal. Jangan lupa temujanji kita.
Source:MBSA FB