Program Hari Bertemu Pelanggan MBSA kembali lagi bagi edisi pertama pada 17 Mac 2023 (Jumaat) bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Ruang Legar, Tingkat G (berhadapan Padini Concept Store), I-City Central, Seksyen 7.
Antara perkhidmatan yang disediakan semasa program ini adalah seperti semakan dan bayaran cukai taksiran, semakan dan bayaran kompaun tempat letak kereta (pengurangan 30% diberikan kepada kompaun perintah pengangkutan jalan (PTLK) MBSA 2007), menerima aduan, cadangan, maklumbalas untuk penambahbaikan sistem saluran MBSA.
Hadiah eksklusif menanti kepada 50 pelanggan terawal berupa botol air.
Source: MBSA FB
2 Responses
Pls advise the next MBSA-Hari Bertemu Pelanggan .. date & location. Terima kasih.
Ok Noted Sir