Permohonan bagi Program Bantuan Khas ANIS 2025 kini dibuka.
Sistem permohonan secara dalam talian untuk Bantuan Khas ANIS dibuka bermula 7 April 2025 (Isnin) pada jam 8.30 pagi sehingga 18 April 2025 (Jumaat) pada jam 5.00 petang.
Borang permohonan yang telah diisi hendaklah dicetak dan disertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan ketika permohonan dihantar secara fizikal di Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS atau di Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berdekatan.
Tarikh akhir penghantaran borang serta dokumen sokongan lengkap adalah pada 2 Mei 2025 (Jumaat).
Layari laman sesawang www.anisselangor.com/bantuananis untuk maklumat lanjut.
Source:YAWAS