Seramai 9 orang pelajar yang terdiri di kalangan anak kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), seorang Ahli Majlis Kanak-Kanak Petaling Jaya (PJCC) dan 2 orang pegawai pengiring akan menyertai program “2024 Asan City Youth International Exchange Camp” pada 20 hingga 26 Julai.
Program yang akan berlangsung selama 6 hari ini adalah anjuran Dewan Bandaraya Asan, Korea Selatan di bawah Program Bandaraya Persahabatan (Friendship City).
YBrs. Tn. Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya telah hadir menyantuni dan menyampaikan amanat sebelum mereka berangkat ke Bandaraya Asan.
Source:MBPJ FB