PJ State 52 Kini Lebih Meriah dengan Program LEISURE

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Program LEISURE @ PJ STATE 52 merupakan inisiatif Majlis untuk menjana ekonomi setempat, beriadah, menghidupkan serta memeriahkan Pusat Bandar Seksyen 52 dengan pelbagai aktiviti bagi menarik orang ramai untuk mengunjungi Pusat Bandar Seksyen 52 terutama pada hujung minggu.
 
Program ini melibatkan penglibatan semua ‘stakeholders’ utama yang berada di dalam kawasan program iaitu peniaga, pemilik / penyewa premis dan jabatan dalaman majlis serta beberapa rakan strategik iaitu pihak NGO, swasta dan individu yang melaksanakan aktiviti sokongan sepanjang program berlangsung.
 
Stakeholders dan rakan strategik ini akan menjadi penggerak utama program LEISURE @ PJ STATE 52.
 
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Mohamad Azhan b Md Amir, Datuk Bandar Petaling Jaya pada 15hb Oktober 2023.
 
Setiap Sabtu dan Ahad, Jalan Tengah dan Jalan 52/18, Seksyen 52 Petaling Jaya akan ditutup bagi acara tersebut
– Setiap Sabtu 6.00 petang hingga 10.00 malam
– Setiap Ahad 9.00 pagi hingga 3.00 petang
 
Di antara aktiviti yang dijalankan di dalam program ini adalah aktiviti Child Friendly City (CFC) dengan kerjasama Saito Universiti College, PJ Tower Run, Buskers, Ev Mobiliti, Mobile Library, Toy Library Bus, Kejora Lifestyle, Karikatur, jualan barangan terpakai Eco Recycling Plaza, Tools Borrowing, jualan pokok semaian dan lain-lain sementelahan itu pada kali ini terdapat jualan Ehsan Rahmah daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi para pengunjung.

Source: MBPJ FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News