MBPJ bersama Sahabat Permotoran iaitu Harley Owner Group PJ (HOGPJ) dan National Cancer Society Malaysia (NCSM) yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang pertama di Malaysia telah melancarkan satu program CSR yang dinamakan ‘PJ SIHAT JELAJAH KANSER #66’ yang melibatkan konvoi dari Pulau Pinang, Melaka, Johor dan berakhir di Petaling Jaya bertujuan membawa kesedaran kepada semua akan penyakit kanser dan pentingnya pengesanan awal penyakit ini.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya kanak-kanak kanser telah dibawa menaiki motor Harley Davidson mengelilingi Seksyen 52 Petaling Jaya, saringan secara percuma untuk kanser, rawatan mata dari Hospital Tun Hussein Onn, KPJ Damansara, Nestle, Shell dan pameran motorsikal oleh Goh Brothers.
YBhg Tuan Mohamad Azhan bin Md Amir , Datuk Bandar Petaling Jaya turut melancarkan logo Harley Davidson ‘THIS IS PJ’ pada program tersebut yang turut dihadiri Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri, ADN Taman Medan dan Y.B. Tuan Rajiv a/l Rishyakaran, ADN Bukit Gasing.
Souce: MBPJ FB