Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan Pertandingan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai. Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori iaitu:
1. Penjaja bazar ramadhan, peniaga gerai dan restoran.
2. Orang awam dan warga kerja MBPJ
Caranya mudah sahaja!
1. Kumpul minyak masak terpakai
2. Jual minyak masak terpakai anda di lokasi yang dinyatakan (rujuk visual)
3. Dapatkan wang tunai hasil jualan minyak masak terpakai anda.
Jangan ketinggalan, minyak masak dibeli pada harga RM2.50/kg.
Disamping menjana wang tunai melalui program ini, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah baucer membeli-belah sambil turut serta dalam usaha menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan mengelakkan pencemaran sistem saliran.
Terbaik, bukan?
đđđŤđ˘đ¤đĄ đđŽđđŽđŠ : đđ đđđ đđđđ (đđŽđŚđđđ)
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam. MBPJ di talian 03-79541440.
Source: MBPJ