Sertai Persidangan: Kita Selangor Iltizam Reka Bentuk Sejagat Ke Arah Negeri Inklusif melalui atas talian yang akan bersiaran secara langsung di Facebook MBSJ pada 7 Mac 2023 (Selasa) bermula jam 9.00 pagi yang akan dirasmikan oleh YB Ng Sze Han,Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor.
Persidangan ini bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan pemakaian rekabentuk sejagat dalam merealisasi pembangunan Negeri Selangor yang inklusif. Ia juga bertujuan mendapatkan maklumbalas dari semua pemegang taruh berkenaan isu dan masalah serta tindakan bagi memastikan rekabentuk sejagat dapat dilaksanakan secara berterusan.
Source:MBSJ FB