Majlis Perasmian Pusat Operasi Bencana Daerah (DDOC) di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling berlangsung di Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling. YB Dato’ Haji Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, telah menyempurnakan majlis tersebut. Turut hadir YBrs. Tuan Mohamad Zahri bin Samingon, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan), dan YBrs. Puan Rahilah binti Rahmat, Pegawai Daerah dan Tanah Petaling. DDOC berfungsi sebagai pusat operasi pemantauan di peringkat daerah, mengumpul dan mengurus data bencana di Negeri Selangor. Ia juga menyelaras maklumat dengan SSOC (Bilik Gerakan Negeri), merangkumi data bencana rentas sempadan daerah, serta koordinasi agensi dan jabatan peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). Harapannya, DDOC dapat meningkatkan kecekapan pengurusan bencana di peringkat daerah dan negeri, serta dijadikan model untuk negeri-negeri lain.
Source:Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor FB