Dimaklumkan bahawa waktu operasi pasar malam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam adalah dari jam 4.00 petang hingga 10.00 malam sahaja.
Oleh yang demikian, semua peniaga dimohon agar mematuhi arahan serta peraturan yang telah ditetapkan demi kelancaran operasi dan keselesaan semua pihak.
Segala kerjasama daripada pihak anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Source:MBSA



