Pengecualian Cukai Taksiran 2024

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Pada tahun 2024 pengecualian cukai taksiran bagi rumah kos rendah akan diteruskan.
Manakala, merujuk kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diputuskan bahawa cukai taksiran bagi kategori rumah kampung akan dikenakan.

Walaubagaimanapun, permohonan pengecualian cukai taksiran bagi kategori rumah kampung boleh dibuat hanya bagi yang berkelayakan tertakluk kepada syarat- syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :-

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor

2. Hanya pemilik berdaftar sahaja yang boleh memohon (sila rujuk hakmilik/geran)

3. Keluasan pegangan / bangunan kurang dari 2000 kaki persegi

4. Pendapatan bulanan isi rumah RM5000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini adalah termasuk pendapatan pasangan)

5. Hanya layak pada 1 akaun cukai taksiran atau 1 rumah sahaja
Permohonan ini boleh dibuat melalui pautan di sini..

Source: MBSA FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News