Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan sukacitanya mempelawa semua Persatuan Penduduk (RA), Rukun Tetangga (RT), Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di bawah kawasan pentadbiran Petaling Jaya yang layak dan memenuhi syarat ditetapkan untuk mengemukakan permohonan bagi tahun 2025.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal PKKPJ di pautan https://pkkpj.mbpj.gov.my/Login mulai 24 April 2025 hingga 23 Mei 2025.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Kamarul / En. Syamir / Pn. Nadzirah di talian
03-79588085 samb. 115 / 116.
Source:MBPJ