Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) membuka tawaran biasiswa dan pinjaman pelajaran bagi tajaan pengajian di luar negara (Top100 Universities) pada 26 Januari hinggga 1 Mac 2023.
Sukacita dimaklumkan tempoh tawaran ini akan dilanjutkan sehingga 14 Mac 2023 (Selasa). Program yang dinyatakan adalah seperti berikut :
i- Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor; dan
ii-Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara Tahun 2023.
Tempoh Permohonan: 26 Januari 2023 – 14 Mac 2023
Layari https://danapendidikan.selangor.gov.my bagi membuat permohonan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urus setia seperti berikut:
Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat SUK Selangor di talian 03-55212275 / 03-55447543 atau e-mel: tkwbns@selangor.gov.my
Souce: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor FB