Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan melaksanakan penutupan pembahagi jalan di persimpangan empat lampu isyarat (Flat PKNS Taman Seri Subang) di Jalan PJS 8/9 dan Jalan PJS 8/10, PJS 8, Petaling Jaya bagi tujuan kajian aliran trafik di persimpangan jalan tersebut.
Untuk makluman, kenderaan keluar dari arah Flat PKNS Taman Seri Subang di benarkan belok ke kiri untuk ke Lebuhraya NPE dan lot-lot kedai di Jalan PJS 8/10 dan PJS 8/11.
Tempoh percubaan kajian aliran trafik ini akan berjalan selama tiga bulan bermula 01 April 2023 hingga 01 Julai 2023. Sekiranya aliran trafik berjalan lancar dan tiada bantahan penduduk maka ia akan dilaksanakan secara kekal. Para pemandu dinasihatkan supaya memandu berhati-hati dan mematuhi papantanda isyarat yang disediakan di lokasi.
Sebarang Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Unit Lalulintas, Jabatan Kejuruteraan MBPJ di talian 03-79584221 atau email jabatankejuruteraan@mbpj.gov.my
Source: MBPJ FB