Meriahnya Aidilfitri Teh Hijau Kuala Lumpur

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Program Teh Hijau Kuala Lumpur anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kembali lagi bagi edisi April dengan berkonsepkan majlis rumah terbuka.

Bertemakan Meriahnya Aidilfitri, warga ibu kota hadir disajikan dengan pelbagai juadah makanan yang sedap oleh penjaja-penjaja terpilih di sekitar Kuala Lumpur.

Program juga dimeriahkan lagi dengan anjuran pertandingan berkonsepkan Hari Raya Aidilfitri diadakan seperti pertandingan menganyam ketupat, pertandingan menghias pulut kuning, pertandingan mewarna Ceria Raya, pertandingan busana Aidilfitri serta pertandingan karaoke raya.

Selain itu, turut diadakan Jualan RAHMAH, Jualan Kombo AgroMADANI, jualan preloved item, tukaran barang menerusi Program Kitar Semula 1C1R serta reruai perkhidmatan dan pameran oleh DBKL serta agensi rakan strategik seperti Tabung Haji, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pusat Pungutan Zakat, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia dan Jabatan Belia & Sukan.

Penampilan istimewa daripada artis terkemuka tanah air Bell Ngasri turut menjadi tarikan orang ramai pada Program Teh Hijau Kuala Lumpur bersempena bulan Syawal di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur semalam.

Hadir bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Haji Kamarulzaman Mat Salleh bersama pelakon dan pengarah terkenal tanah air Datuk Afdlin Shauki yang juga Ahli Lembaga Penasihat DBKL.

Signifikannya penganjuran itu dibuat untuk DBKL mendekati warga kota menerusi pelbagai pengisian menarik yang diadakan.

Source: Jabatan Penerangan WPKL fb

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News