Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah dinobatkan sebagai pemenang bagi anugerah ASEAN Energy Awards 2022 (AEA) anjuran ASEAN Centre For Energy dan National Energy Awards 2022 (NEA) anjuran Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim.
Kompleks Sukan Astaka MBPJ memenangi tempat pertama kategori Energy Efficient Building: Special Submission -Zero Energy Building Sub-Category.
Manakala projek menggunakan biogas yang dihasilkan oleh Mesin Kompos Sisa Makanan Anaerobic Digester untuk tujuan memasak di Smart PJ Waste Solution Lab SS2 telah memenangi 2nd Runner Up ASEAN Renewable Energy Projects Awards 2022 dan Anugerah Merit National Energy Awards 2022 bagi kategori Off Grid – Thermal.
Anugerah ini telah disampaikan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yang Berhormat Nik Nazmi bin Nik Ahmad kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, YBhg. Tuan Mohamad Azhan bin Md Amir. Hadir sama ke majlis ini Lee Lih Shyan, Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Ismathinoon bin Hj. Abd Rahman, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan serta pegawai Majlis.