Majlis Perasmian Pusat Pra Sekolah Anak Istimewa Selangor (ANIS)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Majlis Perasmian Pusat Pra Sekolah Anak Istimewa Selangor (ANIS) yang berlangsung di Perkarangan Pusat Pra Sekolah ANIS Seksyen 7. Bangunan Pra Sekolah ANIS ini dibina bertujuan membantu dan menempatkan anak-anak istimewa terutama anak yang mempunyai masalah pembelajaran seperti ”Global Development Delay (GDD), ”Sindrom Down”, ”Attention Deficit Hyperactivity Disorder” (ADHD) dan ”Autism”. Usahama di antara MBSA dan Anak Istimewa Selangor (ANIS) merupakan inisiatif dalam membantu anak-anak istimewa ini agar dapat menjalani kehidupan seperti kanan-kanak lain dengan melengkapkan rantaian pembelajaran daripada intervensi kepada pra sekolah yang akan menumpukan aspek akademik dan persiapan sekolah kelak.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Seri Amiruddin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan YB. Puan Dr. Siti Mariah Binti Mahmud, Exco Kesihatan Awam, Perpaduan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor. Pada majlis tersebut juga YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor telah menyampaikan plak penghargaan kepada Encik Anuar Bin Ab. Razak selaku pencipta lagu ANIS. Turut diumumkan seorang IKON ANIS yang dipilih daripada anak-anak istimewa iaitu Encik Nur Arif Bin Jasmin merupakan orang kelainan upaya intelektual ”Autism” kategori moderate autism yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Qur’an dan Sunnah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
 
Turut hadir pada majlis tersebut YBrs. Tuan Dr. Nor Fuad Bin Abdul Hamid, Datuk Bandar Shah Alam; YB. Tuan Haji Azli Bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam; YB. Puan Juwairiya Binti Zulkifli, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor; YBrs. Tuan Ir. Haji Cheremi Bin Haji Tarman, Timbalan Datuk Bandar; YBrs. Puan Gan Pei Nei, Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS); Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam serta Pengurusan Tertinggi MBSA.

Source: MBSA FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News