Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Khas Pemberdayaan Wanita & Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan anjuran bersama Unit Perancangan Negeri Selangor (UPEN) & Wanita Berdaya Selangor (WBS), telah mengadakan Majlis Penyerahan Geran Kebajikan & Wanita Negeri Selangor. Penyerahan Geran ini melibatkan tiga (3) program iaitu Bantuan Rumah Perlindungan Negeri Selangor, Program Sinergi Prihatin dan Program Pusat Kebajikan Lestari yang melibatkan keseluruhan peruntukan RM 373, 000.
Geran yang telah disampaikan bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan kebajikan yang berkualiti serta rumah perlindungan yang mampu memberi perlindungan, sokongan, dan perkhidmatan kepada individu yang memerlukan. Disamping itu geran yang disampaikan juga adalah selaras Rancangan Selangor Pertama (RS-1). Tema Strategik 2 Peningkatan Kesejahteraan dan Keterangkuman Sosial.
Terdapat sebanyak 29 penerima meliputi rumah perlindungan, persatuan-persatuan, badan-badan bukan kebajikan, NGO dan pusat kebajikan berdaftar
Jutaan terima kasih diucapkan kepada kerajaan Negeri Selangor kerana menyediakan platform geran kepada penerima. Agar pemberian geran tersebut meningkatkan perkhidmatan, memperluaskan capaian, dan memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat.
Source:Wanita Berdaya Selangor