Majlis Pelancaran Geran Komuniti Untuk Petaling Jaya Mampan 5.0

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah melancarkan Geran Komuniti Untuk Petaling Jaya Mampan 5.0. Geran itu juga dikenali sebagai PJ S.E.E.D 5.0 (Petaling Jaya Social, Environment & Economy Development). Geran ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Mohamad Azhan bin Md Amir, Datuk Bandar Petaling Jaya.
 
Pelancaran geran ini merupakan inisiatif MBPJ untuk menjemput organisasi dikalangan masyarakat seperti Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Badan Pengurusan Bersama, Perbadanan Bersama, Persatuan Ibu Bapa & Guru, Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Tempat Ibadat, Badan/Organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dan diperakui oleh Majlis untuk merancang dan melaksanakan projek atau inisiatif yang akan membantu Majlis meningkatkan prestasi dalam 10 thematic yang telah ditetapkan. Bidang yang dimaksudkan adalah Low Carbon City, Circular Economy City, Safe And Resilient City, Inclusive City, Child Friendly City, Learning City, Economically Vibrant City, Society 5.0 City, Smart City & E- Governance City yang boleh dipohon.
 
Objektif Geran adalah untuk meningkatkan prestasi MBPJ dalam 10 thematic berkaitan menerusi penyertaan masyarakat, rakan perkongsian dan inklusif ke arah Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdaya Tahan menjelang 2030. Dalam erti kata lain, memberikan bantuan kewangan permulaan kepada masyarakat untuk mengesyorkan dan melaksanakan inisiatif yang akan membantu meningkatkan program, strategi dan hala tuju Majlis dalam bidang yang telah digariskan. Organisasi yang berminat untuk membantu meningkatkan prestasi MBPJ dalam pembangunan mampan Petaling Jaya khususnya pencapaian Sustainable Development Goal (SDG 2030) adalah dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan sebelum atau pada 30 Jun 2023.
 
Majlis berharap inisiatif yang dilaksanakan ini akan mendapat sambutan dan penglibatan daripada masyarakat setempat agar objektif yang dirancang dapat dilaksanakan serta memberi manfaat kepada semua pihak. Untuk makluman, Geran Komuniti PJ SEED telah dilancarkan sejak 4 tahun yang lepas dan MBPJ telah meluluskan sebanyak 113 projek dengan peruntukan berjumlah RM1.9 juta telah diberikan kepada organisasi terpilih dan layak sejak geran tersebut diperkenalkan.
 
Untuk makluman, hanya projek dalam bidang berkaitan dengan tujuan meningkatkan prestasi MBPJ saja layak untuk mendapat bantuan geran. Projek yang dicadangkan mestilah mempromosikan dan mencapai objektif yang disasarkan sama ada di peringkat komuniti ataupun bandar raya Petaling Jaya.
 
Bantuan geran minima adalah sebanyak RM 5,000 dan maksima adalah sebanyak RM50,000 untuk satu projek. Amaun geran yang diberikan adalah berdasarkan kepada penilaian teknikal dan keperluan semasa. Projek yang akan diberikan keutamaan adalah projek-projek yang meliputi skop am seperti berikut:
a) Pengurangan sumber atau penggunaan semula sumber sama ada dalam bentuk asal atau pun baru ;
b) Penjimatan masa dan tenaga ;
c) Mengurangkan impak negatif ;
d) Kreatif ; dan
e) Projek mampu dan boleh di replikasi di kawasan lain.
 
Majlis berharap menerusi inisiatif yang dilaksanakan ini akan mendapat sambutan dan penglibatan daripada masyarakat setempat agar objektif yang dirancang dapat dilaksanakan serta memberi manfaat kepada semua pihak.
 
Borang permohonan boleh dimuat turun bermula pada 17 Mac 2023 di laman sesawang rasmi Majlis www.mbpj.gov.my atau mendapatkannya di kaunter Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBPJ di Tingkat 20, Menara MBPJ. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2023.
 
Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi urusetia Geran Komuniti Untuk Petaling Jaya Mampan di talian 03-7954 1440 atau email: gerankomuniti@mbpj.gov.my atau layari laman sosial Majlis (Facebook : @petalingjayacitycouncil, Twitter & Instagram : @pjcitycouncil).

Source: MBPJ FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News