Majlis Pelancaran Automatic Drive Thru Recycling Centre (ADTREC) di Pusat Kitar Semula

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Majlis Pelancaran Automatic Drive Thru Recycling Centre (ADTREC) di Pusat Kitar Semula, Cyberjaya.
 
Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dengan kerjasama KDEB Waste Management telah menempatkan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik atau dikenali sebagai Automatic Drive Through Recycling Center (ADTReC) di Pusat Kitar Semula Cyberjaya (PKSC).
 
ADTReC di PKSC ini merupakan yang pertama beroperasi di negeri Selangor dan ianya menggunakan teknologi solar sepenuhnya. Dalam usaha menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti kitar semula, ADTRec dapat memberikan kemudahan kepada masyarakat untuk melaksanakan amalan kitar semula dengan menggunakan kaedah ganjaran atau insentif.
 
Ia beroperasi dengan konsep Do It Yourself pada setiap hari dengan menggunakan platform digital dan pihak Trash4Cash bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan maklumat pengguna serta akan membuat pembayaran kepada pengguna ADTReC. Bayaran akan di buat secara atas talian dalam tempoh 48 jam selepas kutipan dan pengesahan.
 
Inisiatif ini adalah hasil kerjasama KDEB Waste Management bersama Bumi Waste Management Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Trash4Cash dan disokong oleh MP Sepang.
 
Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Hamid bin Hussain, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang. Ucapan aluan disampaikan oleh Dato’ Haji Ramli bin Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn Bhd.. Majlis juga turut dihadiri oleh Orang Besar Daerah, YDM Tengku Dato’ Dr Jamaluddin bin Tengku Mahmud Shah Al-Haj, Tuan Muhamad Shah bin Osmin, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Pengarah-pengarah Jab/unit serta wakil, Ahli- ahli Majlis, MPSepang serta pengurusan tertinggi & kakitangan KDEB Waste Management serta kakitangan Jabatan Kesihatan & Persekitaran, MPSepang

Source: Majlis Perbandaran Sepang

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News