Kolaborasi Whoscall Bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Sindiket penipuan sering mencari mangsa melalui panggilan telefon kerana kesukaran untuk mengenalpasti identiti di sebalik panggilan yang diterima.
 
Sindiket akan menyamar sebagai pegawai polis, pegawai mahkamah, LHDN dan sebagainya untuk menipu mangsa.
 
Mangsa penipuan pula lazimnya hanya menyedari bahawa mereka ditipu selepas transaksi selesai dilakukan. Lebih mengecewakan lagi, kerugian yang ditanggung bukan dalam jumlah yang kecil, malah mencecah ribuan ringgit.
 
Sehubungan dengan itu, JSJK telah mengambil langkah proaktif dengan merintis jalinan kerjasama dengan Syarikat My Gogo and Look Sdn. Bhd. iaitu pembangun aplikasi ‘Whoscall’.
Menerusi kerjasama dengan pihak Whoscall, mana-mana nombor telefon yang tersenarai di dalam pangkalan data Sistem Semakmule milik JSJK akan ditandakan sebagai “scammer”. Justeru, apabila pengguna Whoscall dihubungi oleh mana-mana nombor telefon yang tersenarai di dalam pangkalan data Sistem Semakmule, paparan perkataan “scammer” akan tertera di telefon sekaligus membolehkan pengguna berwaspada.
 
Namun masyarakat perlu sedar bahawa scammer sentiasa berusaha untuk mencari mangsa dengan menggunakan pelbagai cara dan helah. Dengan kaedah spoofing dan VoIP membolehkan scammer mencipta nombor telefon yang pelbagai bagi mengelirukan mangsa.
Oleh itu, orang ramai diingatkan untuk tidak melayan panggilan dari nombor yang tidak dikenali serta jangan sesekali memberikan maklumat peribadi atau perbankan kepada mana-mana pihak melalui panggilan telefon

Source:Jabatan Siasatan Jenayah Komersil – JSJK PDRM FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News