Kadar Khas Rm50 Bagi Semua Saman Trafik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Semak saman anda dan ambil peluang nikmati kadar khas bayaran saman mulai esok, 21 April 2023 jam 8.00 pagi.
 
Semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya) boleh dilunaskan dengan hanya RM50 sahaja.
 
Bayaran saman boleh dibuat melalui sistem pembayaran saman PDRM seperti berikut;
i) Aplikasi Mybayar Saman
ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)
iii) Mesin ATM Maybank seluruh negara
iv) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia
 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan/ permasalahan mengenai pembayaran kompaun saman, anda boleh hubungi no. hotline call centre 03-22663346 atau emel ke mybayar@rmp.gov.my
 

Source: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News