Kadang-kadang sampai tak ada idea nak bawa keluarga bersiar-siar pada hujung minggu kan? Cuti sekolah pula hampir berakhir?
Berita baik! Jadikan hujung minggu anda lebih seronok dengan mengunjungi Flea Market Shah Alam pada hari Sabtu ini, 21 September 2024 bertempat di Laman Budaya, Tasik Shah Alam bermula pada jam 4.00 petang.
Terdapat pelbagai aktiviti seperti jualan dari vendor-vendor yang semestinya menarik, persembahan muzik, dan macam-macam lagi menanti anda semua. Jangan lupa ajak keluarga dan kawan-kawan anda! Jumpa di sana, masuk adalah PERCUMA!
Source: MBSA FB