Jabatan Perbendaharaan telah menempatkan beberapa buah mesin Kios Bayaran MBPJ di luar dari pejabat Majlis.
Lokasinya adalah di :
I. Pasar Awam Jalan Othman
II. Pasar Awam Taman Megah SS24
III. Pasar Awam PJKita @ Sri Damansara, SD5
IV. Pusat Komuniti The Spine @ PJKita, SS7
Kios Bayaran ini beroperasi pada setiap hari termasuk pada hari Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am, dari jam 7:30 pagi hingga 9:00 malam. Ia dapat menerima semua pembayaran bagi bil MBPJ menggunakan kad debit atau kad kredit (cashless).
Sebarang pertanyaan berkaitan boleh menghubungi talian di Bahagian Hasil, 03-79563544 (samb:220).
Source: Source: MBPJ FB