Ekspo Ikan Hiasan & Akuatik Antarabangsa 2024 bakal tiba tidak lama lagi! Acara ini wajib dikunjungi oleh sesiapa saja yang meminati ikan hiasan, dunia akuarium, hidupan air, dan keindahan bawah laut.
Bertempat di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre dari 27–29 Disember 2024, expo ini menjanjikan sambutan meriah dengan pameran akuarium menakjubkan, pelbagai pertandingan antarabangsa, dan teknologi terkini dalam industri akuarium.
Daripada pameran ikan air tawar dan marin yang penuh warna-warni hingga aquascaping kreatif, ekspo ini sesuai untuk peminat berpengalaman dan mereka yang baru ingin menceburi hobi ini. Korang juga boleh menikmati keindahan tumbuhan akuatik, udang kristal, serta pelbagai haiwan eksotik dan penampilan alpaca.
Tarikh: 27 – 29 Disember 2024
Masa: 11 pagi – 9 malam
Lokasi: Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre, Kuala Lumpur
Tiket Masuk: RM5 bagi dewasa (Percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas). Tiket hanya dijual melalui walk-in.
Sorotan Acara:
- Lebih 100+ produk & teknologi inovatif
- JPD Asia Goldfish Cup
- MAFC Arowana Championship
- 1st ASEAN Junior Koi Show
- Malaysia Aquascaping Championship
- Malaysia Clownfish Competition
- Malaysia Dry Aquascaping Competition
- Udang Kristal
- Seminar
- Batu karang dan marin
- Kemunculan Alpaka
- Tumbuhan akuatik
- Zon haiwan kecil & sentuhan arnab
- Reptilia & haiwan eksotik
Jangan lepaskan peluang ini! Simpan tarikh dan datang alami keajaiban dunia akuatik bersama kami!

Source:Ekspo Kucing