YBhg Dato’ Johary B. Anuar, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya, telah meninjau ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di bawah kawasan pentadbiran MBSJ yang telah mula dibuka sejak awal pagi tadi bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir di dua lokasi iaitu Masjid Putra Heights, Subang Jaya yang telah menempatkan sebanyak 14 keluarga dan Dewan Camelia, Putra Heights yang telah menempatkan sebanyak 52 keluarga.
Orang awam diminta berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan semasa di kawasan masing-masing serta diminta untuk melaporkan jika terdapat kecemasan atau aduan melalui Pusat Kawalan Subang Jaya di talian 03 80247700.
Source:Majlis Bandaraya Subang Jaya FB