Pelajar tahun akhir Diploma in Corporate Communication (BK101), Universiti Poly-Tech Malaysia akan menganjurkan sebuah program tahun akhir iaitu CommFest: Rugby Rampage ‘UPTM x Carisbrook Thunder 10s’ yang memfokuskan kepada pertandingan ragbi 10 sebelah yang melibatkan dua kategori iaitu Open University dan Super-School dari dalam negara. Perancangan dan pelaksanaan program ini melibatkan 57 pelajar dari program Diploma in Corporate Communication. Program ini akan berlangsung selama dua hari pada 9 dan 10 November 2024 dari 7.00 pagi sehingga 7.00 petang di Padang Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dan juga akan dirasmikan oleh Dr. Nur Ilyani Binti Idris (Timbalan Dekan) daripada Fakulti Pendidikan Sains Sosial dan KemanusiaanUniversiti Poly Tech-Malaysia.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dan semangat kesukanan dalam kalangan mahasiswa dari dalam negara. Melalui program ini, pelajar juga berpeluang untuk mengasah bakat dan membina hubungan dengan rakan-rakan dari pelbagai institusi pendidikan sekaligus mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif. Pelaksanaan program ini juga sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada pelajar yang menyertai dan
menganjurkan program CommFest: Rugby Rampage ‘UPTM x Carisbrook Thunder 10s’ untuk
terus melibatkan diri serta menganjurkan program-program sukan lain pada masa hadapan.
Program ini mendapat sokongan penuh daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan kerjasama daripada pihak Carisbrook Asia Sdn. Bhd dan ditaja oleh Johor Plantations Group Berhad (JPG), Sccop Prudex Ent, LP Printing Studio, Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Malakoff, Hebe (Dazzle Me), Celoreng Sakti Enterprise, Monys Empire, MESSRS Nuhairil & Partners, Oatside Malaysia Sdn Bhd, Ultraverge Sdn Bhd, Cityneon Displays & Constructions Sdn. Bhd, Elgini Apparel Sdn. Bhd, Metadata Systems Sdn. Bhd, Green Acres Arboriscape PII, I love Balloons, Midcity Language Training, Zahaya Niaga, Uda Land (North) Sdn. Bhd, CET Development Sdn. Bhd, Sahadin & Co, Rodin Creative Sdn. Bhd, Haris Salleh & Co, IDG One Enterprise, Kopicemara, UBF Maintenance, Dudex Transpro Services, Kedai Emas Kaharo
Plus, M&S Everyday Fashion, Tanjung Boulevard Sdn. Bhd, SZ City Enterprise, Tim’s Catering,
Tetuan Loo Associates, Aura Global Solutions Enterprise, SMA Usahasama, Akwa Legacy, ARZone Properties, Rosnah M. Kassim, Agresif Megah (M) Sdn. Bhd, Nenda’s Catering, One’s Dessert, Ultra Travel Sdn. Bhd, MZ Success Empire, Arafa Bistro serta beberapa individu yang menyumbang secara peribadi.
Untuk maklumat lanjut mengenai program CommFest: Rugby Rampage ‘UPTM x Carisbrook Thunder 10s’ boleh didapati melalui laman sosial media rasmi – Instagram @zenith.roll dan Tiktok @zenith.roll. Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas sila hubungi Dayang Nursyahira Binti Zofri (Ketua Aktiviti) di talian 018-2940283, Khalidah Binti Saupi di talian 013-7635061 atau emel di rugbyrampage.commfest@gmail.com