Bayar dengan Mudah: Aplikasi Parking Smart di Shah Alam

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Dimaklumkan pelaksanaan penggunaan petak letak kereta 2 jam akan mula dikuatkuasakan di 67 lokasi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam bermula pada 04 September 2023 di bawah Pewartaan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Bandaraya Shah Alam) Pindaan 2023.

Syarat penggunaan tempat letak kereta 2 jam adalah seperti berikut:
-Kadar harga berjumlah RM1.20 sejam (maksima 2 jam)
– Waktu penggunaan 8.00 pagi hingga 5.00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat.
– Tiada rayuan dan tiada pengurangan kompaun diberikan bagi kesalahan penyalahgunaan petak letak kereta 2 jam.

Anda boleh menggunakan aplikasi Smart Selangor Parking, Flexi Parking, GoPayy, Jom Parking, Touch n’ Go eWallet dan Setel untuk membuat bayaran.

 

Source:MBSA FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News