Kiosk Ilmu di Taman Jaya kini berwajah baru.
Dengan berkonsepkan ‘Read & Share’ dan ‘Take 1 Book dan Return 1 Book’ adalah usaha berterusan pihak Majlis untuk membudayakan masyarakat membaca dimana-mana. Kiosk Ilmu Taman Jaya ini turut memberi peluang serta ruang kepada sesiapa saja menggunakan tanpa sebarang had, keahlian mahupun bayaran (FOC).
Orang Awam juga dialu-alukan untuk menderma buku di Kiosk Ilmu ini untuk dikongsikan bersama pembaca lain. Kemudahan ini terbuka kepada semua orang awam bermula jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari.
Source:Majlis Bandaraya Petaling Jaya FB



